Thursday 14 May 2015

Apa itu Migrain?



Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan,berdenyut-denyut berterusan antara 4 sehingga 72jam.Sehinggakan seseorang itu tidak mampu melakukan sebarang aktiviti rutin hariannya.Namun begitu,menurut kajian yang dibuat, migrain tidak mendatangkan kesan jangka panjang yang serius.



Migrain adalah salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang.Kajian yang menunjukkan bahawa kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki menghidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka.Biasanya bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja.Biasanya serangan migrain akan semakin berkurangan selepas umur 45 tahun sehingga 50 tahun.Walaupun begitu, sesetengahnya mungkin akan terus diserang migrain dan tidak hilang seumur hidup.




Apa sebenarnya punca migrain?

Menurut kajian,punca migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup lalu menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan.Jika ibu mengalami migrain suatu muda, anaknya juga mingkin mengalami migrain.

Antara Punca atau Penyebab lain pula adalah:


  • Kekurangan zat nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Apakah Gejala atau Tanda-tanda Migrain?

Migrain biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya.Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala individu yang berlainan mempunyai tanda-tanda penyakit migrain yang berbeza.

Aura
Kadang kala, seseorang itu boleh merasakan aura iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran-pancaran cahaya di depan matanya. Tangan,bahu,dan muka akan menjadi kebas.Ianya berlaku 30minit sebelum sakit kepala.

Faktor lain
Pergerakkan, cahaya, bunyi bising dan bau-bau boleh memburukkan lagi migrain.

Migrain Mungkin Lebih Kerap jika adanya Faktor seperti berikut:
  • Faktor Makanan- alkohol, buah-buahan sitrus,kafein, (kopi,teh) makanan yang mengandungi tyramine(keju,yogurt,kacang dan sebagainya)
  • Faktor Persekitaran - Merokok atau bilik yang berasap rokok.Cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising dan bau yang kuat. Contohnya minyak wangi.
  • Faktor Psikologi - Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagainya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relax, sepertimana yang dipanggil 'weekend migrain'.
  • Faktor Ubat-ubatan - Rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan perancang keluarga.
  • Lain-lain - Haid, pertukaran masa tidur, putus haid.Banyak faktor bukan? Namun anda harus ingat, kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua orang. Contohnya, untuk sesetengah individu, serangan migrain tidak menjadi lebih kerap walaupun mereka mengambil keju dan coklat. Ada pula sebaliknya.

Diagnisis Doktor untuk Masalah Migrain
Biasanya, doktor akan mencuba untuk mencari kemungkinan-kemungkinan lain kepada penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, faktor tekanan(stress) atau tidak cukup rehat.Doktor akan mengesahkan bahawa ianya migrain jika anda:
  • Mempunyai 5kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2kali sakit dengan aura.
  • Sakit kepala yang berterusan 4 sehingga 72jam tanpa mengambil sebarang ubat.
  • Rasa loya dan ingin muntah
  • Pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala yang menjadi bertambah buruk.


Biasanya migrain dirawat dengan ubat tahan sakit.Ianya boleh didapati di kedai farmasi. Contoh-contoh ubat penahan sakit ialah paracetamol (panadol), mefenamic asid (ponstan), ibuprofen, diclofenac(voltaren), naproxen(synflex) dan sebagainya.Namun begitu, ubat-ubat ini tidak harus digunakan terlalu kerap kerana ianya boleh menyebabkan sakit kepala menjadi lagi teruk jika digunakan berlebihan.

Pesakit juga perlu berwaspada terhadap kesan-kesan sampingan ubat-ubat penahan sakit sebelum mengambilnya. Contohnya,masalah gastrik dan alahan terhadap ubat sebegini. Jika ubat tahan sakit ini tidak berkesan, anda harus berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Migrain juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan keju, coklat dan MSG.

Selain mengambil rawatan ubatan, anda juga dinasihatkan mengambil rawatan tanpa ubatan untuk mengurangkan serangan migrain seperti 'relaxation training' menangani tekanan, mengelakkan faktor pencetus seperti cahaya yang terang, sesetengah makanan/minuman, stress dan kurang tidur.



Tips dan Petua Menangani Migrain
Berikut ada beberapa tips dan petua mengurangkan migrain yang saya ingin kongsikan dengan anda.Cubalah yang mana- mana yang lebih mudah. Ia dapat membantu anda mengurangkan sakit migrain tersebut. Antaranya ialah:

  • Rehat dan baring di tempat yang gelap dan sunyi.
  • Biasakan diri untuk menyiram dari bahagian bawah tubuh terlebih dahulu dan bukannya terus menyiram dari kepala apabila mandi.
  • Amalkan sujud setiap pagi. Boleh juga juga bersujud lama sedikit sewaktu solat subuh. Apabila sujud, aliran dan pengedaran darah ke kepala akan lebih lancar.
  • Banyakkan bersenam.
  • Minum air sekurangnya 3liter sehari.
  • Berfikiran positif untuk mengurangkan sakit kepala.
  • Baring di atas katil tapi kepala terjuntai ke bawah untuk mengalirkan darah ke dalam kepala.
  • Baring di atas katil tapi kepala terjuntai ke bawah untuk mengalirkan darah ke dalam kepala.
  • Ambil sehelai tuala, masukkan ketulan ais dalam tuala dan tekapkan pada mata.
  • Urut bahagian atas kening sehingga berasa lega sedikit.
  • Elakkan terkena  cahaya matahari atau cahaya lampu yang terang. Rehatkan diri sebentar jika kerja anda memerlukan anda melihat skrin komputer dalam tempoh masa yang lama.
  • Untuk petua menggunakan bahan semulajadi, boleh menggunakan beberapa biji limau kasturi (saiz kecil) yang diperah atas kepala satu persatu. Ketika memerah limau, ramas rambut dan picit kepala untuk memudahkan perjalanan darah. Kulit limau pun boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air bersih dan jirus air berisi kulit limau ke atas kepala dan badan.Lap tetapi jangan hilangkan bau limau kasturi.Kemudian tidur seketika.
Selain daripada berdoa dan mengaplikasikan tips dan petua mengurangkan migrain di atas.Pengambilan supplemen Shaklee juga akan membantu mengatasi masalah migrain.
Sebagai pesakit migrain, anda harus bijak mengatasi maslah migrain dengan pengambilan supplemen.di bawah adalah senarai set Migrain Shaklee.


B Complex Shaklee kaya dengan vitamin b2(riboflavin) dan B6 (pyridoxine) yang dapat mengurangkan sakit akibat migrain .B Complex juga mencegah seperti depresi dan strok.




OsteMatrik mengandungi magnesium yang mencegah kekejangan pembuluh darah yang merupakan salah satu punca migrain. Magnesium juga mengurangkan frekuensi sakit kepala.













~my home is my office~
florrieray.blogspot.com



Tuesday 12 May 2015

Apakah sebenarnya kolestrol?

Kolestrol adalah sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisma serta penghasilan hormon.

Kiranya kalau takde pun tak boleh lah.Kolestrol bergerak sekali bersama aliran darah sebagai liporotein.Liporotein ini terdiri daripada lemak(lipid) yang diselaputi protein.

Kita biasa dengar tentang kolestrol yang termendap d saluran darah dan mengakibatkan strok.Namun ketidakseimbangan kolestrol antara HDL memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan kita.

Ada berapa jenis kolestrol?

Di dalam tubuh badan kita,ada 2 jenis lipoprotein membawa alkohol.Satu dipanggil LDL (low density lipoprotein) dan yang satu lagi dipanggil HDL(high density lipoprotein).

LDL disebut kolestrol jahat.kenapa? Sebab jika paras LDL tinggi, ia membawa kepada masalah pengumpulan kolestrol dalam arteri.

HDL pula dikenali sebagai kolestrol baik kerana ia membawa kolestrol dalam darah kepada hati,di mana hati akan menyingkirkan kolestrol dari arteri.

Sel yang sihat sangat bergantung kepada HDL kerana HDL diperlukan oleh sel untuk bernafas, makan, berkumuh dan pelbagai fungsi metabolisma.Manakala LDL boleh merosakkan fungsi tersebut.

Apakah fungsi kolestrol?

Seperti yang dinyatakan di atas,terdapat beberapa fungsi penting kolestrol dalam tubuh badan kita.antaranya;

■ Membina dan menjaga membran sel dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon di      di dalam membran.
■Membantu dalam penghasilan cecair hempedu.
■Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti 
  kortisol, kortiko steron dan sebagainya.
■Terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen.
■Menjaga pintu pagar sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan 
  dan tidak boleh memasukinya.
■Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak.
■Menjadi penebat kepada jaringan saraf.
■Menukar cahaya matahari kepada vitamin D.

Apakah tahap normal kolestrol?

Tahap kolestrol(total) yang normal lebih kurang 120 - 200mg/dl, dengan HDL melebihi 40mg/dl dan LDL kurang dari 130mg/dl.

Apa akan terjadi jika kolestrol bukan ditahap sepatutnya?

Kolestrol terlalu rendah atau lebih tinggi boleh mengakibatkan kepada masalah kesihatn.Jadi, penting untuk menjaga kolestrol pada tahap yang sepatutnya.Antara masalaj yang biasa berlaku ialah;

■strok
■serangam jantung
■penyempitan arteri.
■darah tidak mengalit dengan baik.

Bagaimana cara mengawal paras kolestrol?

Terdapat beberapa cara yang perlu dipraktikan untuk membolehkan kita mengawal paras kolestrol di dalam tubuh badan.

Mengawal diet
Sebenarnya,makanan sebenar yang mengandungi kolestrol (dietary cholestrol))
tidak memberi kesan buruk kepada kolestrol dalam tubuh kita.Masalah berlaku apabila kita mengambil makanan yang tinggi lemak tepu seperti makanan yang diproses.Oleh itu, banyakkan makan makanan yang sebanar  dan lemak yang berkualiti.

Perbanyakkan aktiviti fizikal
Jika kita kurang bergerak atau kurang melakukan aktiviti fizikal, peluang untuk kita memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.Maka, banyakkan aktiviti fizikal walau hanya sekadar befjalan kaki, naik tangga, bersenam dan sebagainya.

Menurunkan berat badan
Orang yang mempunyai masalah berat badan terutamanya yang menghadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.

Menjauihi rokok dan alkohol
Terang dan jelas bahawa kedua perkara ini sangat tidak baik untuk kesihatan dan haram di sisi agama islam.

Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?
Sekiranya anda mengalami masalah kolestrol tinggi atau terlalu rendah dan sedang dalam rawatan doktor , saya nasihatka anda agar merujuk kepada doktor dahulu sebelum mengambil sebarang supplemen.

Ini kerana dikhuatiri pengambilan supplemen yang mempunyai tindak balas dengan ubat yang anda ambil.

Sekiranya anda ingin menurunkan kadar kolestrol tanpa ubat atau secara semulajadi , harus diingatkan bahawa supplemen bukanlah sesuatu ubat 'magic' yang boleh menjadikan anda sihat sekelip mata.

Pengambilan konsisten supplemen Shaklee dan mengamakkan tips yang disebutkan akan membantu anda.

Items yang terkandung di dalam set kolestrol Shaklee adalah:

B Complex - Vitamin B3(Niacin) membantu menurunkan kadar kolestrol.

Garlic Complex - Garlic merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah.

OmegaGuard - EPA dan DHA menurunkan kadar kolestrol 'jahat' LDL.

Vitamin C - Vitamin C menurunkan kadar kolestrol dan menguatkan dinding arteri.

Vitamin E - Vitamin E memperbaiki peradaran darah.









~my home is my office~
florrieray.blogspot.com
florrierays@gmail.com


Saturday 9 May 2015

Caratomax dan kebaikkannya


Caratomax adalah gabungan 6 jenis Karatenoid terbaik.

  1. Alfa-carotene
  2. Astaxanthin
  3. Beta-karotene
  4. Lutein
  5. Likopene
  6. Zeaxanthin

Kebaikkan Caratomax Shaklee
Caratomax Shaklee dihasilkan dari karatenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina yang berfungsi untuk :
  • Memelihara kesihatan yang baik.
  • Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu.
  • Membantu dalam memelihara kecantikan kulit dan selaput lendir.
  • Menghalang kanser dan penuaan.
  • Meredakan penyakit kulit.
  • Menghalang infeksi.

Kebaikkan 6 jenis karatenoid terbaik dalam Caratomax Shaklee

Alpha Carotene
Membantu memelihara penglihatan pada waktu malam dan menghalang degenerasi
penglihatan.

Beta Carotene
Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka.Membantu meningkatkan sistem imunisasi dan membantu mengurangkan risiko kanser usus,payudara dan prostat.

Lycopene
Lycopene bersifat antioksida untuk menghalang proses penuaan organ.Baik untuk serviks yang sihat, untuk kitaran jantung dan meningkatkan sistem imunisasi. Juga membantu mengurangkan penyakit kelenjar prostat.

Astaxanthin
Pigmen yang terdapat di dalam alga dan fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon. Diambil dari mikroalga laut, sumber yang penting dan tulen. Membantu melindungi kerosakkan oksidasi kolestrol LDL.

Lutein
Membantu menyekat ketarak,AMD ( penyakit Makular berkaitan umur)  dan glukoma.

Zeanxanthin
Membantu melindungi mata.Membantu untuk menuras cahaya gelombang biru pendek yang merbahaya. Juga membantu mengurangkan risiko kanser payudara,ovari endometrial dan serviks.

Bagaimanakah cara makan Caratomax Shaklee?
Makan sebiji sehari selepas makan.






Bagaimana nak mendapatkan Caratomax Shaklee??
Hubungi saya :
Sms/whatsapp  01125644596






my home is my office
#florrieray









Friday 8 May 2015

Kelebihan dan keistimewaan B Complex Shaklee




Apakah manfaat dari vitamin B1,B6, B12?

Vitamin B1
Sumber beras: beras merah,kuning telur,ikan,kacang dan gandum

Manfaatnya:


  • Melancarkan metabolisme
  • Melancarkan peradaran darah
  • Mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak.
  • Mencegah terjadinya kerosakan urat saraf.
  • Memulihkan gangguan saraf.

Vitamin B6
Sumber : daging,hati,ginjal,ikan,kacang, dan beras tumbuk.

Manfaatnya:

  • Melancarkan metabolisme.
  • Meningkatkan kekebalan tubuh.
  • Menjaga keseimbangan garam mineral.
  • Membantu sintesis RNA dan DNA.
Vitamin B12
Sumber : hati,ikan,susu dan olahannya,daging,telur dan rumput laut.

Manfaatnya:

  • Mencegah kerosakkan urat saraf.
  • Membantu kerosakkan sel darah merah.
  • Melancarkan metabolisme sistem tubuh.
  • Mengubah kabohidrat,protein dan lemak kepada tenaga.
Apakah yang berlaku jika tubuh kita kekurangan vitamin B?

Kekurangan vitamin B complex boleh menyebabkan :

  • Lemah sistem saraf.
  • Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung.
  • Pembentukan sel abnormal.
  • Masalah depresi (tekanan perasaan).
  • Kehilangan daya memori.
  • Cepat letih.
  • Sesak nafas.
  • Imsonia.
  • Kurang fokus dan konsentrasi.
  • Mudah tersinggung.

Apakah kelebihan Vitamin B Complex dari Shaklee?

Terdapat banyak kelebihan yang terdapat dalam B Complex Shaklee, antaranya;

  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • Mengelakkan penyakit beri-beri.
  • Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  • Diperlukan untuk kesihatan mata,kulit,kuku dan rambut.
  • Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  • Mencegah stress.
  • Menguatkan antibodi tubuh.
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  • Diperlukan dalam pembentukkan protein asid amino.
  • Diperlukan untuk memproses dan perbaikkan sel-sel darah merah.
  • Mencegah anemia.
Apakah kelebihan Vitamin B Comolex Shaklee untuk kanak-kanak?

  • Merangsang pertumbuhan.
  • Meningkatkan kemampuan berfikir.
  • Memberikan tenaga tambahan.
Apakah kelebihan Vitamin B Complex Shaklee untuk orang dewasa?

  • Menambah tenaga.
  • Mengurangkan stress.
  • Melambatkan proses uban di rambut.
  • Membantu meningkatkan konsentrasi.
Apakah kelebihan Vitamin B Complex Shaklee untuk ibu mengandung?

  • Amat diperlukan untuk pembentukkan dan aktiviti sel genetik.
  • Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
  • Membekalkan asid folik yang sangat penting untuk mengelakkan kecacatan janin.
Siapakah yang perlu mengambil B Complex Shaklee?

  • Ibu yang menyusukan bayi (rujuk : set breastfeeding shaklee).
  • Ibu yang hamil ( rujuk: set kehamilan shaklee).
  • Ibu yang berpantang ( rujuk: set berpantang shaklee).
  • Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan sihat (rujuk : set kecantikkan kulit shaklee).
  • Mereka yang ingin mendapatkan anak ( rujuk: set kesuburan shaklee).
  • Mereka yang mengalami masalah migrain (rujuk: set migrain shaklee).
  • Mereka yang mengalami alahan/ eczema ( rujuk: set alahan shaklee).
  • Mereka yang mengalami masalah rambut ( rujuk: set rambut shaklee).
  • Mereka yang ingin mengawal paras kolesterol ( rujuk: set kolesterol ).






Bagaimana mendapatkan B Complex Shaklee?

Sila sms/whatsapp saya 01125644596









my home is my office**

##florrieray