Thursday 14 May 2015

Apa itu Migrain?



Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan,berdenyut-denyut berterusan antara 4 sehingga 72jam.Sehinggakan seseorang itu tidak mampu melakukan sebarang aktiviti rutin hariannya.Namun begitu,menurut kajian yang dibuat, migrain tidak mendatangkan kesan jangka panjang yang serius.



Migrain adalah salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang.Kajian yang menunjukkan bahawa kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki menghidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka.Biasanya bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja.Biasanya serangan migrain akan semakin berkurangan selepas umur 45 tahun sehingga 50 tahun.Walaupun begitu, sesetengahnya mungkin akan terus diserang migrain dan tidak hilang seumur hidup.




Apa sebenarnya punca migrain?

Menurut kajian,punca migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup lalu menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan.Jika ibu mengalami migrain suatu muda, anaknya juga mingkin mengalami migrain.

Antara Punca atau Penyebab lain pula adalah:


  • Kekurangan zat nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Apakah Gejala atau Tanda-tanda Migrain?

Migrain biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya.Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala individu yang berlainan mempunyai tanda-tanda penyakit migrain yang berbeza.

Aura
Kadang kala, seseorang itu boleh merasakan aura iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran-pancaran cahaya di depan matanya. Tangan,bahu,dan muka akan menjadi kebas.Ianya berlaku 30minit sebelum sakit kepala.

Faktor lain
Pergerakkan, cahaya, bunyi bising dan bau-bau boleh memburukkan lagi migrain.

Migrain Mungkin Lebih Kerap jika adanya Faktor seperti berikut:
  • Faktor Makanan- alkohol, buah-buahan sitrus,kafein, (kopi,teh) makanan yang mengandungi tyramine(keju,yogurt,kacang dan sebagainya)
  • Faktor Persekitaran - Merokok atau bilik yang berasap rokok.Cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising dan bau yang kuat. Contohnya minyak wangi.
  • Faktor Psikologi - Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagainya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relax, sepertimana yang dipanggil 'weekend migrain'.
  • Faktor Ubat-ubatan - Rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan perancang keluarga.
  • Lain-lain - Haid, pertukaran masa tidur, putus haid.Banyak faktor bukan? Namun anda harus ingat, kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua orang. Contohnya, untuk sesetengah individu, serangan migrain tidak menjadi lebih kerap walaupun mereka mengambil keju dan coklat. Ada pula sebaliknya.

Diagnisis Doktor untuk Masalah Migrain
Biasanya, doktor akan mencuba untuk mencari kemungkinan-kemungkinan lain kepada penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, faktor tekanan(stress) atau tidak cukup rehat.Doktor akan mengesahkan bahawa ianya migrain jika anda:
  • Mempunyai 5kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2kali sakit dengan aura.
  • Sakit kepala yang berterusan 4 sehingga 72jam tanpa mengambil sebarang ubat.
  • Rasa loya dan ingin muntah
  • Pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala yang menjadi bertambah buruk.


Biasanya migrain dirawat dengan ubat tahan sakit.Ianya boleh didapati di kedai farmasi. Contoh-contoh ubat penahan sakit ialah paracetamol (panadol), mefenamic asid (ponstan), ibuprofen, diclofenac(voltaren), naproxen(synflex) dan sebagainya.Namun begitu, ubat-ubat ini tidak harus digunakan terlalu kerap kerana ianya boleh menyebabkan sakit kepala menjadi lagi teruk jika digunakan berlebihan.

Pesakit juga perlu berwaspada terhadap kesan-kesan sampingan ubat-ubat penahan sakit sebelum mengambilnya. Contohnya,masalah gastrik dan alahan terhadap ubat sebegini. Jika ubat tahan sakit ini tidak berkesan, anda harus berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Migrain juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan keju, coklat dan MSG.

Selain mengambil rawatan ubatan, anda juga dinasihatkan mengambil rawatan tanpa ubatan untuk mengurangkan serangan migrain seperti 'relaxation training' menangani tekanan, mengelakkan faktor pencetus seperti cahaya yang terang, sesetengah makanan/minuman, stress dan kurang tidur.



Tips dan Petua Menangani Migrain
Berikut ada beberapa tips dan petua mengurangkan migrain yang saya ingin kongsikan dengan anda.Cubalah yang mana- mana yang lebih mudah. Ia dapat membantu anda mengurangkan sakit migrain tersebut. Antaranya ialah:

  • Rehat dan baring di tempat yang gelap dan sunyi.
  • Biasakan diri untuk menyiram dari bahagian bawah tubuh terlebih dahulu dan bukannya terus menyiram dari kepala apabila mandi.
  • Amalkan sujud setiap pagi. Boleh juga juga bersujud lama sedikit sewaktu solat subuh. Apabila sujud, aliran dan pengedaran darah ke kepala akan lebih lancar.
  • Banyakkan bersenam.
  • Minum air sekurangnya 3liter sehari.
  • Berfikiran positif untuk mengurangkan sakit kepala.
  • Baring di atas katil tapi kepala terjuntai ke bawah untuk mengalirkan darah ke dalam kepala.
  • Baring di atas katil tapi kepala terjuntai ke bawah untuk mengalirkan darah ke dalam kepala.
  • Ambil sehelai tuala, masukkan ketulan ais dalam tuala dan tekapkan pada mata.
  • Urut bahagian atas kening sehingga berasa lega sedikit.
  • Elakkan terkena  cahaya matahari atau cahaya lampu yang terang. Rehatkan diri sebentar jika kerja anda memerlukan anda melihat skrin komputer dalam tempoh masa yang lama.
  • Untuk petua menggunakan bahan semulajadi, boleh menggunakan beberapa biji limau kasturi (saiz kecil) yang diperah atas kepala satu persatu. Ketika memerah limau, ramas rambut dan picit kepala untuk memudahkan perjalanan darah. Kulit limau pun boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air bersih dan jirus air berisi kulit limau ke atas kepala dan badan.Lap tetapi jangan hilangkan bau limau kasturi.Kemudian tidur seketika.
Selain daripada berdoa dan mengaplikasikan tips dan petua mengurangkan migrain di atas.Pengambilan supplemen Shaklee juga akan membantu mengatasi masalah migrain.
Sebagai pesakit migrain, anda harus bijak mengatasi maslah migrain dengan pengambilan supplemen.di bawah adalah senarai set Migrain Shaklee.


B Complex Shaklee kaya dengan vitamin b2(riboflavin) dan B6 (pyridoxine) yang dapat mengurangkan sakit akibat migrain .B Complex juga mencegah seperti depresi dan strok.




OsteMatrik mengandungi magnesium yang mencegah kekejangan pembuluh darah yang merupakan salah satu punca migrain. Magnesium juga mengurangkan frekuensi sakit kepala.













~my home is my office~
florrieray.blogspot.com



No comments:

Post a Comment